Jenayah

1,000 warga China diberkas dalam satu serbuan di Cyberjaya


Kira-kira 1,000 warga China diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Wisma Mustapha Kamal di Cyberjaya hari ini.

Serbuan itu turut membongkarkan kegiatan sindiket berkenaan yang menjadikan negara ini sebagai markas untuk mereka melakukan kegiatan jenayah.

Satu sumber berkata, ini merupakan tangkapan terbesar membabitkan warga China.

“Sindiket ini aktif melakukan jenayah FOREX SCAM secara atas talian dan difahamkan mereka sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

“Pemeriksaan masih dijalankan termasuk memastikan dokumen perjalanan mereka sah atau sebaliknya,” katanya kepada Roda Pena hari ini.

Difahamkan satu sidang akhbar berhubung kejayaan ini akan dibuat oleh Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud pukul 12 tengah hari esok (Khamis)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *