Jenayah

19 warga Myanmar mangsa pemerdagangan diselamatkan

19 warga Myanmar diselamatkan Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Mereka terdiri daripada 16 lelaki dan 3 wanita yang berusia antara 19 hingga 50 tahun itu berada dalam keadaan tidak bermaya ketika ditemui di sebuah rumah teres dekat Taman Teratai, Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang.

Ketua Polis daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, turut diberkas 2 lelaki dan seorang wanita yang juga warga Myanmar berusia antara 35 hingga 45 tahun, dipercayai merupakan tekong darat serta menjaga rumah simpanan Migran tersebut.

“Turut dirampas sebuah beg pinggang warna hitam, serangkai anak kunci pelbagai, 3 buah telefon bimbit, beberapa kad bank, buku nota dan wang tunai berjumlah lebih RM1,818.

 “Siasatan mendapati kesemua mangsa dikurung sejak 10 hari lalu selepas sampai ke negara ini,” katanya.

Menurut beliau, mangsa-mangsa terbabit dijanjikan pekerjaan sebaik sampai di Malaysia, namun apa yang terjadi sebaliknya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26 (A) ATIPSOM dan19 mangsa pemerdangangan turut disoal siasat berikut tidak mempunyai permit sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *