3 ditahan pasang hacker (penggodam) di mesin ATM

Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas didapati memasang alat peranti untuk menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di 7-Eleven di Jalan Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah berkata, suspek berusia 30 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam.

Alat hacker

Katanya, kesemua suspek ditahan ketika sedang memasang alat perakam video dan pengimbas kad kredit/debit masing-masing di papan kekunci dan ruangan masuk mesin ATM itu.

“Kita membuat pemeriksaan fizikal ATM berkenaan selepas mendapat aduan.

“Hasil pemeriksaan, ada dua unit peranti ditemui iaitu alat perakam video dan pengimbas kad kredit/debit.

“Hasil maklumat pengadu dan saksi, polis menahan mereka berdekatan kedai serbaneka berkenaan,” katanya.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*