Berita

6 anggota PDRM positif COVID-19

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan enam anggotanya telah disahkan positif COVID-19 ketika bertugas di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 335 ahli keluarga PDRM turut menunggu keputusan selepas menjalani saringan kesihatan COVID-19 ketika ini.

“Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu begitu jelas menunjukkan bahaya ini bukan satu lakonan, ianya realistik boleh menjangkiti setiap warga PDRM.

Ketika ini sudah enam orang positif dan ada 335 keluarga PDRM dibawah Patient Under Investigation (PUI),” katanya dalam satu temubual khas di Astro AWANI hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *