Agong akhiri zaman bujang???? – blog Rusia

Sebuah blog Rusia melaporkan Tuanku Sultan Muhammad V memilih wanita negara itu, Oksana Voevodina yang merupakan pemenang pertandingan ratu cantik yang memegang gelaran Miss Moscow 2015 sebagai isteri.

Memetik blog islamnews.ru perkahwinan itu berlangsung pada Khamis lepas di Barvikha Concert Hall.

Perkahwinan itu tidak menyediakan minuman beralkohol sebaliknya menyajikan makanan halal..

Ketika majlis tersebut pemerintah tertinggi Malaysia (Agong) mengenakan sepersalinan busana kebangsaan (baju Melayu).

Sejak petang tadi gambar menunjukkan majlis persandingan dengan kehadiran Tuanku Muhammad V dengan seorang wanita jelita (siap busana kahwin) hangat di media sosial.

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen ada yang mendakwa ini merupakan gambar lama yang diulang siar semula malah, ada yang mengatakan ada agenda tersembunyi disebalik penyebaran gambar ini.

Bagaimanapun, pihak Istana Negara masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sehingga kini.

One Reply to “Agong akhiri zaman bujang???? – blog Rusia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*