Anak lelaki Maria Chin ditikam

Anak lelaki Anggota Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah ditikam dalam suatu cubaan samun pukul 6 petang tadi.

Kejadian berlaku di sebuah kawasan di Taman Bukit Mayang Emas, Petaling Jaya ketika mangsa sedang berjoging.

Maria memberitahu anaknya itu diserang ketika bersenam.

“Dia sedang berjalan dan datang seorang lelaki dari arah belakang. Menolaknya jatuh, menetak lengannya sebelum menikamnya.

“Mujur ada motosikal lalu dan perompak itu lari. Saya dan anak-anak dalam keadaan trauma,” katanya.

Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan pembedahan akan dijalankan malam ini di PPUM.

Sementara itu, Timbala Ketua Polis Daerah PJ, SUPT Ku Mashriman Ku Mahmood mengesahkan kejadian berkenaan dan menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu samun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*