Anak Mat Sabu akan didakwa kes dadah

Selepas lebih 3 bulan siasatan terhadap anak lelaki Mat Sabu yang disyaki positif dadah jenis ganja akhirnnya Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan suspek itu akan didakwa.

Sumber Roda Pena memberitahu, pendakwaan terhadap
Ahmad Saiful Islam berusia 31 tahun itu akan dibuat minggu ini selepas pihak polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Ahmad Saiful Islam

“Unit Patalogi Hospital Kuala Lumpur mengesahkan suspek positif dadah dan kertas siasatan yang lengkap sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara Februari lalu,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu ketika ditemui di lobi parlimen enggan mengulas berhubung perkara berkenaan.

“Saya serahkan kepada pengamal undang-undang. Tiada ada komen apa-apa untuk kes itu,” katanya ringkas.

Pada 5 Januari lalu, anak lelaki Mohamad Sabu ditahan bersama rakannya dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan, di Jalan Ampang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*