Anak Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan polis

Anak Mat Sabu yang ditahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di dalam sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sudah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, suspek berusia 31 tahun serta rakannya sudah dilepaskan dengan jaminan polis petang tadi.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Roda Pena sebelum ini melaporkan lelaki berusia 31 tahun yang juga anak kepada menteri pertahanan ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Dalam serbuan berkenaan, seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki.

Hasil pemeriksaan air kencing mendapati anak ketiga kepada menteri itu serta rakannya berusia  33 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

One Reply to “Anak Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan polis”

  1. Bnyk 2 Istiqhfar tok mat n keluarga ini ujian Allah mungkin anak tu baru nk merasa enjoy joli2 sikit sbb taraf hidup sosial dh up sikit. Tazkirah pd dia supaya kembali kepangkal jln. Iman tidak dpt diwarisi dr seorg ayah yg bertaqwa. In Sha Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*