Berita Jenayah

Pegawai polis pertama maut akibat COVID-19

Dua hari yang lepas merupakan peringatan Hari Polis yang ke-213 namun siapa sangka anggota barisan hadapan itu KEHILANGAN SEORANG ANGGOTANYA akibat COVID-19 malam tadi.

Ini susulan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor berusia 35 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat COVID-19 kira-kira jam 9.35 malam tadi.

Beliau merupakan anggota polis pertama yang meninggal dunia akibat COVID-19 dan difahamkan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Mangsa merupakan individu ke -24 yang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 di Malaysia.

Beberapa hari lalu media tempatan melaporkan Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas, Kedah meninggal dunia ketika melakukan penugasan Op COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *