Berita

Tourism Malaysia sokong penuh penganjuran KLBW 2019

Tourism Malaysia menyokong penuh penganjuran Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2019 yang berlangsung dalam suasana santai tetapi meriah di Bandar Malaysia di sini semalam. Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, pihaknya sangat menyokong penganjuran KLBW kerana aktiviti himpunan motosikal tersebut berupaya membantu menjana ekonomi khususnya industri pelancongan negara. “Selain MotoGP, aktiviti himpunan motosikal […]

Berita Jenayah

Cabul kehormatan : Polis dalam proses rakam keterangan Anwar Ibrahim

Polis Diraja Malaysia akan merakamkan keterangan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan mencabul kehormatan Muhammad Yusoff Rawther. Selain beliau, beberapa saksi yang berkaitan kes itu juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman sudah […]

Jenayah

1,000 warga China diberkas dalam satu serbuan di Cyberjaya

Kira-kira 1,000 warga China diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Wisma Mustapha Kamal di Cyberjaya hari ini. Serbuan itu turut membongkarkan kegiatan sindiket berkenaan yang menjadikan negara ini sebagai markas untuk mereka melakukan kegiatan jenayah. Satu sumber berkata, ini merupakan tangkapan terbesar membabitkan warga China. “Sindiket ini aktif melakukan jenayah FOREX SCAM secara atas talian […]

Berita

Terima Kasih ‘Pak Cik Puchong’

Coretan Facebook Surianie Mohd Hanif (23.08.2019) merupakan tarikh yang bakal diingat sebabnya hari di mana semua media di Malaysia bersatu hati x kira bangsa x kira kerja di mana tapi tampil membantu bg meringankan bebanan di bahu rakan dan sahabat di Utusan / Kosmo. Alhamdulilah semua berjalan lancar sejak awal pagi sehinggala barang bertukar tangan […]

Berita

Petikan awal penubuhan Utusan Melayu

Banyak surat-surat telah tiba di pejabat kita tetapi hampir lima puluh peratus daripadanya ialah berkenaan meminta kerja dengan Utusan Melayu – ada yang meminta jadi kerani, jadi penyusun huruf, jadi penulis khas dan bukan sedikit yang menawarkan jadi pengarang-pengarang Utusan Melayu. Jalan yang baik sekali bagi tuan-tuan yang berhajat bersungguh-sungguh hendak menolong memaju dan menjayakan […]

Jenayah

Team Rojak pantau aktiviti polis Selangor di pusat hiburan

Polis Kontinjen Selangor memperkasakan Team Rojak bagi memantau dan menggenakan tindakan ke atas anggota dan pegawainya memasuki pusat hiburan bukan atas urusan kerja. Jurucakap IPK Selangor berkata, Team Rojak sudah lama wujud dan kini pucuk pimpinan di IPK Selangor menekankan agar pemantauan secara serius dilakukan bagi mengesan aktiviti warga polis yang gemar menghabiskan masa di […]

Jenayah

Suspek pedofil di Country Home diberkas

Suspek pedofil yang bertindak memeluk seorang kanak-kanak perempuan di Country Home, Rawang pada Jumaat lalu diberkas. Suspek warga Indonesia berusia 45 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ditahan sepasukan polis Daerah Gombak hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata, suspek yang juga buruh binaan ditahan di kawasan Country Home susulan ops […]

Dunia

Perginya ketua informasi bencana Indonesia

Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kanser St. Stamford, Guangzhou di China akibat kanser. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Topo meninggal dunia pada usia 49 tahun ketika sedang menjalani rawatan akibat kanser yang telah merebak ke bahagian tulang dan organ-organ penting kira-kira jam 2.20 […]

Jenayah

Anak Mat Sabu akan didakwa kes dadah

Selepas lebih 3 bulan siasatan terhadap anak lelaki Mat Sabu yang disyaki positif dadah jenis ganja akhirnnya Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan suspek itu akan didakwa. Sumber Roda Pena memberitahu, pendakwaan terhadap Ahmad Saiful Islam berusia 31 tahun itu akan dibuat minggu ini selepas pihak polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya. […]

Jenayah

Pelajar kolej Giat MARA arah polis supaya cermat tunggang motosikalnya

“Bang, bawa motor tu elok-elok dan jangan bagi jatuh” Itu kata-kata seorang pelajar kolej Giat Mara Gombak kepada anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur selepas motosikalnya disita dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur kira-kira jam 1 pagi tadi. Remaja lelaki berusia 19 tahun yang memakai topi […]