Jenayah

GRO sembunyi dalam loker bagi elak dicekup

Empat gadis pelayan pelanggan (GRO) nyaris maut akibat sesak nafas ekoran bertindak menyembunyikan diri di dalam peti simpan barang (loker) bagi elak diberkas pihak berkuasa awal pagi tadi. Lebih malang, seorang lagi GRO warga Thailand pula patah kaki selepas dia nekad terjun dari tingkat empat sebaik pihak Imigresen menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Burmah, […]

Jenayah

3 ditahan pasang hacker (penggodam) di mesin ATM

Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas didapati memasang alat peranti untuk menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di 7-Eleven di Jalan Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah berkata, suspek berusia 30 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam. Katanya, kesemua suspek ditahan ketika sedang memasang […]

Jenayah

Suspek samun MRT Cheras, ahli geng kongsi gelap

Lelaki yang bertindak memukul serta samun wanita dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras direman tujuh hari. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil siasatan mendapati suspek suspek merupakan ahli geng kongsi gelap 08 berdasarkan tatu dilengannya. Jelas Mazlan, ketika pihak polis menyerbu rumah yang didiami suspek yang bekerja sebagai […]

Jenayah

Suspek samun dalam lif MRT Cheras ditahan

Suspek ubah identiti dengan membotakkan rambutnya selepas tahu diburu polis kerana membelasah sebelum samun seorang wanita di dalam lif dekat Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras baru-baru ini. Bagaimanapun, taktik itu berjaya dibongkarkan selepas suspek berusia 26 tahun tersebut ditahan di sebuah rumah di Taman Cheras pada jam 8.10 malam tadi oleh sepasukan […]

Jenayah

Lambung bayi untuk kutip duit pergi melancong

Sepasang suami isteri warga Rusia sanggup menggadaikan nyawa anak perempuan mereka berusia 4 bulan dengan cara melambungnya untuk dijadikan petunjukan kepada orang awam semata-mata untuk mengutip wang bagi tujuan melancong. Tindakan pasangan suami isteri itu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dirakam orang awam sebelum memuat naik di Facebook dalam bentuk video berdurasi satu minit 26 […]

Jenayah

Mercun untuk raya Cina dirampas

Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) Pulau Pinang, berjaya merampas pelbagai jenis bunga api dan mercun yang bernilai RM90,000. Rampasan dibuat dalam serbuan membabitkan dua buah rumah di Raja Uda dan Bagan Ajam, Butterworth semalam. Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 25 dan 35 tahun yang juga penjual mercun berkenaan. Ketua Polis Daerah SPU, ACP […]

Uncategorized

Kanak-kanak cedera dipukul selepas disyaki mencuri buku mewarna

Seorang lelaki berusia 20-an ditahan pihak polis bagi membantu siasatan pukul hingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan di Sibu, Sarawak. Roda Pena difahamkan, suspek memukul kanak-kanak berusia 10 tahun itu berikutan disyaki mencuri buku mewarna di sebuah pasar raya yang juga tempat suspek bekerja. Mangsa yang masih bersekolah itu ditampar, dipukul hingga menyebabkan dia […]

Jenayah

Mayat dimakan binatang buas ditemui di Pulau Pinang, manakala mayat reput ditemui di Ipoh, Perak

Mayat seorang lelaki warga asing yang bertatu ditemui dengan kesan dimakan binatang buas di tepi kawasan Sungai Perai, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Mayat itu ditemui nelayan pada jam 3.30 petang sebelum menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan mendapati mangsa adalah warga asing kerana tiada […]