Berita

Oksana hamil- ‘Bapa Mertua’ puji Sultan Muhammad V

Bekas ratu cantik Moscow, Oksana Voevodina, 25, dilaporkan hamil selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik perancang keluarga, lapor akhbar Rusia, Komsomolskaya Pravda (KP).

Laporan itu diterbitkan selepas dua hari Sultan Muhammad V mengumumkan perletakan jawatan sebagai sebagai Yang Dipertuan Agong.

“Pasangan ini menantikan bayi pertama mereka dan telah mengabdikan kehidupan mereka terhdap masa depan anak-anak,” lapor KP, akhbar paling laris di Rusia semalam.

Akhbar itu mengatakan bahawa pernikahan sultan Muhammad V dengan ratu cantik Rusia yang terkenal itu ‘telah menimbulkan banyak persoalan’ dan boleh menjadi alasan baginda memutuskan untuk meletak jawatan.

Akhbar sama turut mempersoalkan sama ada pernikahan dengan ratu cantik Rusia Rusia ‘memberi kesan kepada reputasi raja’.

Pasangan itu telah membuat lawatan sebelum dan selepas perkahwinan mereka ke klinik perancang keluarga di Jerman, kata laporan tersebut.

“Pasangan tersebut sudah menjangkakannya dan memutuskan untuk mengabdikan diri sepenuhnya pada peristiwa penting ini,’ kata KP memetik sumbernya sendiri.

Jurucakap Voevodina enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Andrey Gorbatenko

Bapa mertua Sultan Muhammad V, Andrey Gorbatenko yang juga merupakan doktor bedah ortopedik memberitahu akhbar tersebut semuanya ‘berjalan seperti sepatutnya’ tanpa mengulas mengenai laporan kehamilan atau perletakan jawatan baginda.

“Mereka mempunyai kehidupan mereka sendiri, saya dengan kehidupan saya. Namun satu perkara saya boleh beritahu sebagai seorang doktor.

“Kali pertama saya bertemu mereka, saya merasakan ada sesuatu jauh di dalam sana.

“Saya segera segera merasakan Oksana akan bahagia bersamanya, mungkin naluri sorang bapa mengatakan sedemikian.

“Apabila anak perempuan saya memeluk Islam, saya membuat keputusan untuk melihat dengan lebih dekat mengenai agama ini.

“Saya menemui rakan-rakan beragama Islam. Saya mahu memberitahu kamu, ia merupakan agama yang hebat.

“Oksana sememangnya melakukan perkara yang betul, seorang isteri mesti sentiasa berada di sisi suaminya.

“Dari sudut mengenai sifat baginda, saya tidak pernah sesiapa seperti Sultan muhammad V.

“Baginda merupakan seseorang yang hebat, kami bertutur bahasa Inggeris antara satu sama lain. Saya rasa baginda seorang yang bijak, sopan dan berpelajaran. Jadi, sangat gembira bagi pihak Oksana,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *