Berita Viral

BUKAN kena culik pun, takut kena marah rupanya!

Rasanya sejak dua hari lepas ramai dapat mesej viral berhubung seorang kanak-kanak lelaki diculik ketika berada di rumahnya sebelum ditemui di Puchong Permai.

SEBENARNYA pelajar berusia 12 tahun tu reka cerita sebab takut dengan ibu bapa dia marah pulang lewat selepas keluar untuk main basikal lajak.

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, siasatan mendapati kanak-kanak itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Kanak-kanak itu takut dimarahi ibu bapanya, lalu mengada-adakan cerita diculik.

“Kes diklasifikasikan sebagai NFA (no further action) dan kanak-kanak itu diberikan amaran,” katanya.

NOTA KAKI : Saja admin nak pesan jangan sebar mesej cam ni kalau x ada pengesahan sahih, bimbang orang percaya betul ada kes culik.

Biar family dapat pengesahan betul dari pihak polis baru lah kita jiran tetangga/satu taman tu buat konklusi sama ada nak sebar mesej untuk berjaga-jaga atau abaikan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *