Berita Jenayah

Cabul kehormatan : Polis dalam proses rakam keterangan Anwar Ibrahim

Polis Diraja Malaysia akan merakamkan keterangan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan mencabul kehormatan Muhammad Yusoff Rawther.

Anwar Ibrahim

Selain beliau, beberapa saksi yang berkaitan kes itu juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman sudah merakamkan keterangan Yusoff sejak 9 Disember lalu.

Yusoff Rawther (baju putih)

“Pihak polis turut merampas akuan bersumpah yang dibuat oleh pengadu untuk membantu siasatan.

“Kita juga akan merakamkan keterangan Anwar serta beberapa saksi lain sebaik mendapat tarikh temu janji yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan akhbar PDRM

Tambah Huzir, kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, bekas penyelidik di pejabat PKR, Muhammed Yusoff Rawther dipanggil kali kedua ke Bukit Aman semalam bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan dakwaan perlakuan tidak senonoh oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Yusoff, polis turut memanggil adik dan bapanya bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan.

Pada Isnin lalu, Yusoff menghabiskan masa kira-kira tujuh jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman manakala semalam selama tiga jam ditemani peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *