Jenayah

Imam tumbuk isteri gara-gara pajakkan pokok rambutan

Berang dengan tindakan isteri memajakkan pokok rambutan di kawasan rumah di Kampung Bukit Kadit, Nilai, Negeri Sembilan seorang pesara polis yang juga imam sebuah masjid menumbuk muka isterinya sehingga cedera. Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, suspek berusia 63 tahun itu turut didakwa melepaskan satu das tembakan ke udara kerana terlalu marah dengan tindakan isterinya […]

Jenayah

Polis tahan sindiket curi besi penutup longkang di Putrajaya

Rancang nak curi besi penutup longkang di sekitar Putrajaya sejak berada dalam tahanan AADK lagi. Sebaik keluar daripada tahanan berkenaan pada Disember lalu dua lelaki berusia 32 dan 37 itu mula melakukan kegiatan jenayah itu demi mendapatkan bekalan dadah. Bagaimanapun, kegiatan dua lelaki berkenaan tidak bertahan lama selepas mereka ditahan polis Kuala Lumpur dalam dua […]

Jenayah

PDRM dijangka lengkapkan siasatan 1MDB pada Mac depan

PDRM dijangka melengkapkan kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohammad Fuzi Harun berkata, pihaknya kini dalam usaha melengkapkan semua kertas siasatan membabitkan kes 1MDB untuk diserahkan kepada pejabat peguam negara. “Siasatan berhubung 1MDB dibuat secara berterusan dan kita jangkakan siasatan itu akan selesai dalam tempoh dua […]

Jenayah

22 pekerja dobi dilayan bak hamba diselamatkan

Bukan setakat tidak dibayar gaji, malah dipaksa tidur diloteng yang sempit pada bahagian syiling kedai dengan tangga yang berbahaya. Tidak cukup dengan itu, mereka turut dihalang menghubungi keluarga, selain tidak dibenarkan keluar daripada premis. Lebih kejam, tiada sebarang rawatan diberikan sekiranya semua pekerja berkenaan sakit. Itu keadaan yang dilalui 22 pekerja kedai dobi dan pencuci […]

Jenayah

Guru patah pinggang cuba bunuh diri ketika dalam tahanan polis

Guru Sains sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka cuba bunuh diri ketika berada dalam tahanan lokap polis. Dia yang direman Ahad lalu kerana didakwa melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap pelajar Tingkatan Satu di bawah jagaannya. Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, guru berusia 40 […]

Jenayah

Pemandu Vios terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang dibebaskan dengan jaminan polis

Pemandu kereta Toyota Vios yang ditahan pihak polis bagi membantu siasatan terlibat dengan kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan pemandunya maut selain SUV Mazda CX5 dipandunya terjatuh ke dalam laut dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi. Ketua Polis daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek berusia 21 […]

Jenayah

Mangsa terjunam bersama SUV sudah dinaikkan

Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan, penuntut kolej swasta yang terjunam bersama kenderaan utiliti sukan (SUV), Mazda CX-5 putih dipandunya berjaya dinaikkan, petang tadi. SUV terbabit dinaikkan jam 5.50 petang dan turut kelihatan mayat mangsa, Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu. Kenderaan itu berjaya dinaikkan pada percubaan kali kedua […]

Jenayah

Polis rakam keterangan 8 individu berhubung kes SUV terhumban di Jambatan Pulau Pinang

Polis sudah rakam keterangan lapan individu susulan kejadian seorang pelajar kolej swasta terhumban bersama SUV Mazda CX-5 ke dalam laut akibat kemalangan di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, keterangan yang diambil membabitkan rakan-rakan mangsa yang hadir pada sambutan hari jadi di […]

Jenayah

Lelaki terjun jambatan ke-2 diselamatkan, operasi naikkan SUV bermula

Operasi menaikkan kenderaan SUV Mazda CX-5 yang terhumban ke laut selepas terbabit kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang disambung 9 pagi tadi. Ketika operasi itu dilakukan pihak polis dan bomba dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan Sultan Abdul Halim (jambatan kedua Pulau Pinang) pada jam 8.50 pagi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, […]

Jenayah

3 ditahan kes bakar mercun di Batu Caves

Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung membakar mercun berhampiran Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves, Selangor sehingga menyebabkan 34 orang cedera. Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun datang ke kuil berkenaan bersama dua rakan bagi upacara keagamaan. Suspek kemudian membakar mercun bagi tujuan meraikan dan menyambut Thaipusam, bagaimanapun mercun […]