Artis Berita

Azwan Ali berdepan hukuman penjara 6 bulan akibat menghina pengurusan hospital Putrajaya

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM17,000 atas kesalahan menghina kakitangan Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak Covid-19 di laman sosial peribadinya.



Pengacara tersohor itu ditahan jam 8 pagi tadi sebaik dia tiba di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Azwan yang berusia 54 tahun itu dikatakan mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen hari ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Semalam, Azwan Ali memohon maaf secara terbuka kepada pihak Hospital Putrajaya menerusi satu rakaman video berdurasi 4 minit 16 saat di laman YouTube DivaAATersohor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *