Dua anggota PGA disyaki menerima rasuah direman

Mahkamah Majistret George Town hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), bagi membantu siasatan berkaitan kes cubaan meminta rasuah membabitkan RM10,000.

Perintah itu dikeluarkan Majistret, Jamaliah Abdul Manap bagi pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, menjalankan siasatan kes berkenaan dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Kedua-dua mereka turut disyaki menerima wang sebanyak RM1,000 sebagai suapan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pengadu atas kesalahan mengedar dadah, dalam kejadian di Jawi, Nibong Tebal, pada Isnin lalu.

Ekoran itu, SPRM telah menahan kedua-dua suspek di Pejabat Infantri, PGA Kulim, Kedah, kira-kira pukul 7.45 malam semalam.

Kedua-dua suspek direman bermula hari ini sehingga 2 Disember.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*