Gadis maut, mangsa langgar lari

Seorang wanita maut selepas menjadi mangsa kemalangan langgar lari di Kilometer 13.5 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Petaling Jaya.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa, Hasnina Norsafri,22 tahun maut akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.

Kejadian itu disedari peronda LDP ketika membuat rondaan cegah kemalangan di lokasi kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai mangsa langgar lari dan pihak polis belum ketahui kenderaan lain yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Orang awam atau saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi mana-mana balai berdekatan bagi menyalurkan maklumat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*