GRO sembunyi dalam loker bagi elak dicekup

Empat gadis pelayan pelanggan (GRO) nyaris maut akibat sesak nafas ekoran bertindak menyembunyikan diri di dalam peti simpan barang (loker) bagi elak diberkas pihak berkuasa awal pagi tadi.

Lebih malang, seorang lagi GRO warga Thailand pula patah kaki selepas dia nekad terjun dari tingkat empat sebaik pihak Imigresen menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Burmah, Pulau Pinang.

Roda Pena difahamkan empat GRO berkenaan mengalami sesak nafas akibat bersembunyi selama kira-kira 45 minit di dalam loker tersebut.

Menurut Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Izham Idris, GRO terbabit mengalami sesak nafas selepas keluar dari peti simpanan berkenaan berikutan keadaannya yang sempit dan tidak mempunyai ruang udara.

Katanya, dalam operasi itu pihaknya menahan tujuh wanita Thailand berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun serta dua lelaki Bangladesh yang merupakan pekerja di pusat hiburan terbabit

“Kesemua warga asing itu didapati tidak mempunyai permit sah dan salah guna pas lawatan sosial.

“Mereka kemudian dihantar ke Depot tahanan Juru untuk tindakan susulan,” katanya.

Kes disiasat atas kesalahan dibawah peraturan 39(B) peraturan Imigresen 1963 atas kesalahan guna pas lawatan sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*