Hati-hati dengan ‘ulat’ kedutaan

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia memberi amaran mengenai beberapa individu yang menyamar sebagai kakitangannya.

Amaran itu dimuat naik di laman Twitter rasminya, MY Embassy Jakarta semalam.

Menurut kenyataan tersebut, modus operandi individu- individu berkenaan adalah dengan menyamar sebagai kakitangan kedutaan untuk memudahkan urusan anda di sana.

Kenyataan itu berbahasa Melayu itu juga dialih bahasa menggunakan bahasa Indonesia bagi memudah warga tempatan memahami peringatan tersebut.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pihat kedutaan di talian +62215224947/+62 813 80813036 atau laman web mwjakarta@kln.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*