Jenayah

Isteri serta 2 anak tiri, CEO Cradle Fund didakwa membunuh

Isteri ketiga, bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan serta dua anak tirinya akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya atas kesalahan membunuh.

Pertuduhan ke atas tiga beranak termasuk dua remaja lelaki berusia 15 dan 17 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya jam 2 petang ini.

Samirah serta dua anak lelakinya (gambar kecil)

Terdahulu, suspek, Samirah Muzaffar, 43 tahun diberkas di kediamannya bersama dua lagi anak lelakinya pada jam 6.45 pagi tadi yang diketuai pegawai penyiasat ASP Mohd. Nizam Daud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, tangkapan ke atas tiga individu itu dibuat selepas pihak polis menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa mereka.

Ketiga-tiga mereka akan dituduh mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pada 22 Februari lalu, Unit Patologi Pusat Perubatan Universiti Malay mengesahkan arwah Nazrin dihentak menggunakan tukul lebih daripada lima kali pada muka, kepala serta hidung hingga menyebabkan kematian.

Laporan bedah siasat kali kedua itu turut membuktikan mangsa bukannya mati akibat letupan telefon bimbit dalam kebakaran di rumahnya seperti viral pada 14 Jun 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *