Berita

JKM kesan waris kepada 6 kanak-kanak

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang sedang mengesan waris kepada enam kanak-kanak termasuk empat beradik bagi proses penjagaan dan pendaftaran sijil kelahiran mereka yang tergendala.

Pegawai JKM Daerah Timur Laut, Noor Azura Ahmad berkata, kesemua bayi dan kanak-kanak terbabit diabaikan tanpa penjagaan.

Katanya, bayi berusia sebulan dijumpai disebuah bilik persalinan di Tesco Tanjung Pinang 6 Disember tahun lalu, sementara bayi sembilan bulan ditinggalkan di Hospital begitu saja sejak lahir, oleh ibu kandung yang dipercayai warga Myanmar.

Manakala, empat beradik yang masing-masing berusia 10 bulan hingga enam tahun menjadi mangsa pengabaian oleh ibu kandung kerana ditinggalkan dirumah tanpa pengawasan orang dewasa.

Siasatan juga mendapati tiada pihak yang layak memberi penjagaan serta perlindungan terhadap empat beradik itu dan dilindungi JKM di bawah peruntukan Seksyen 30 (1) (d) Akta Kanak-Kanak 2001.

Justeru, pihak JKM meminta waris kepada bayi dan kanak-kanak terbabit untuk tampil, atau mana-mana pihak yang mengenali untuk menyalurkan maklumat kepada JKM dengan menghubungi Pelindung Kanak-kanak Daerah Timur Laut di talian 04-2264531 atau 04-2277413.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *