Jenayah

Jurutera KLCC terlibat kes langgar lari

Polis Trafik KL dah kenal pasti pemandu kereta yang langgar penunggang motosikal di JALAN PAHANG pagi tadi.

Penunggang motosikal – Manpreet Singh – WARGA INDIA keja Sale Supeviser di RJ Fashion & Beauty, no 12-A Jalan Suria Setapak

Pemandu kereta pulak, 41 thn tinggal di Gombak dan bekerja sebagai jurutera di KLCC

 

Ringkasan Kejadian:
Pada 28/10/2018 jam lebih kurang 1030hrs telah berlaku satu kemalangan di Jalan Pahang hala ke Wangsa Maju melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.

Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari Pandan Jaya menghala ke Setapak , tiba di tempat kejadian, pemandu kereta cuba untuk memotong mangsa.

Namun terlalu rapat lalu bergesel dengan motosikal menyebabkan mangsa terjatuh dan mengelungsur ke kanan jalan.

Mangsa luka di siku , lutut, tangan dan kaki sebelah kiri sudah dapatkan rawatan Hopsital Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, pihak polis sudah rakam percakapan mangsa dan pemandu kereta tersebut.

Siasatan lanjut dijalankan dibawah Sek 43 APJ 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *