Kaki bayi bengkak akibat kecuaian pihak hospital

Datuk kepada seorang bayi berusia 4 bulan muatnaik gambar kaki cucunya bengkak di laman Facebook akibat kecuaian pihak Hospital Pulau Pinang ketika memberi rawatan kepada cucunya. 

Turut disertakan gambar menunjukkan  bayi lelaki berkenaan terpaksa menanggung derita bengkak dan mengelembung di bahagian kaki kiri.

Dalam ruangan komen, ibu bayi berkenaan Zamzura Ruslan menulis bahawa pihak hospital memasukan darah melalui kaki selepas pembedahan hernia. 

Dakwanya lagi, berlaku kesilapan memasukan darah serta doktor dan jururawat menyalahkan antara satu sama lain.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Wan Mansor Hamzah, dalam kenyataannya menegaskan bayi terbabit kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sewajarnya dengan keadaannya dipantau dari semasa ke semasa.

Perjumpaan bersama waris bayi untuk memberi penjelasan mengenai keadaan pesakit sudah dijalankan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*