Lambung bayi untuk kutip duit pergi melancong

Sepasang suami isteri warga Rusia sanggup menggadaikan nyawa anak perempuan mereka berusia 4 bulan dengan cara melambungnya untuk dijadikan petunjukan kepada orang awam semata-mata untuk mengutip wang bagi tujuan melancong.

Tindakan pasangan suami isteri itu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dirakam orang awam sebelum memuat naik di Facebook dalam bentuk video berdurasi satu minit 26 saat.

Klip video yang viral sejak semalam menunjukkan bayi berkenaan dilambung beberapa kali oleh bapanya dengan cara memang bahagian kaki

Susulan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi membuat tangkapan ke atas pasangan itu di Jalan Raja Abdullah pada jam 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bayi perempuan yang dilambung itu merupakan anak pasangan tersebut dan tindakan itu dibuat untuk membiayai pelancongan mereka yang masuk ke negara ini sebagai ‘backpakers’.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati lelaki berusia 28 tahun serta isterinya,27, memasuki negara ini melalui Thailand pada Jumaat lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan pemohonan reman terhadap pasangan itu akan dibuat esok,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*