Jenayah

Mangsa amukan maut ditetak

Seorang wanita berusia 40-an maut, sementara anak lelaki serta anak saudara mangsa, masing-masing berusia 13 dan 17 tahun cedera parah.
Kejadian berlaku selepas dipercayai seorang lelaki Indonesia yang sedang mengamuk menetak tiga individu di sebuah stor penyimpanan sejuk beku makanan di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, petang tadi.
Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa maut ketika dalam perjalanan ke hospital untuk menerima rawatan.
Menurutnya, polis yang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang mendapati suspek sudah pun melarikan diri dengan motosikal.
“Suspek berusia 31 tahun itu dikatakan sudah bekerja di stor berkenaan sejak setahun lalu.

“Saya percaya suspek juga tidak berada jauh dari kawasan ini dan pasukan kami kini sedang giat mengesan lelaki terbabit,”katanya.
Menurutnya lagi, kejadian berlaku begitu pantas ketika ketiga-tiga mangsa serta seorang kerani sedang bekerja di dalam premis terbabit.
“Pasukan kami turut  menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek berhampiran lokasi kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *