Uncategorized

Mangsa letusan gunung berapi dipindahkan ke Sydney

CHRISTCHURCH – Mangsa letusan gunung berapi di Pulau White akan diterbangkan ke Australia bagi menerima rawatan lanjut di negara itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang merupakan pemastautin tetap Australia akan dipindahkan ke Sydney, Australia untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal dijadualkan untuk dipindahkan ke Sydney pada hari Jumaat, 13 Disember 2019.

Walaubagaimanapun, urusan penghantaran mangsa ke Australia adalah bergantung kepada penilaian pihak Hospital Christchurch ke atas keadaan beliau,” kata kenyataan tersebut di Putrajaya petang tadi.

Dalam perkembangan sama, Wisma Putra menerima pengesahan daripada Pusat Koordinasi Kecemasan, Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) New Zealand bahawa hanya seorang
warga Malaysia yang terlibat dalam bencana letusan gunung berapi di Pulau White, New Zealand pada 9 Disember 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *