Berita Dunia

Mangsa nahas jalan raya New Zealand meningkat, identiti dikenal pasti

KAIKOURA, New Zealand – Kementerian Luar sebentar tadi mengesahkan seorang lagi mangsa yang kritikal akibat kemalangan jalan raya di negara itu meninggal dunia menjadikan jumlah korban meningkat kepada empat orang.

Mangsa keempat meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala hari ini

Empat mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Adanan Jeman, 49; Rumihati Abd Hamid, 49; Nur Irfan Adanan, 15 dan Nur Aaleeyah Maisarah Adanan, 13 .

Seorang lagi mangsa, Nur Arifah Bahiyah Adanan, 11, sedang menerima rawatan di hospital di Wellington dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Roda Pena difahamkan, pihak keluarga bercadang untuk mengebumikan jenazah mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden itu di Christchurch.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington kini menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga mereka bagi memastikan urusan berkaitan berjalan dengan lancar.

Kementerian Luar merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga dan kenalan mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *