Uncategorized

Mat zig zag masuk perangkap

Tindakan 6 lelaki termasuk dua pelajar melakukan aksi zig zag, superman dan beberapa aksi membahayakan diri  membawa padah selepas mereka ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan di Lebuh Raya BORR, Butterworth awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP NOORZAINY MOHD NOOR berkata, kesemua yang ditahan berusia 15 hingga 25 tahun terdiri daripada pelajar,serta pekerja kilang.

“Selain itu, hasil ujian air kencing mendapati peerja kedai makan berusia 16 tahun itu positif dadah jenis syabu.

“Saya menyeru ibu bapa serta penjaga menitik beratkan pengawasan anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat ini,” katanya.

Tambahnya, operasi sebegini juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta dapat membantu mengurangkan risiko kematian membabitkan kemalangan jalan raya di daerah SPU.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kegiatan tidak sihat atau maklumat mengenai jenayah orang boleh salurkan kepada pihak trafik atau mana-mana balai yang berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *