Mayat lelaki dan wanita tanpa kaki dan tangan ditemui terapung di sungai

Mayat seorang wanita dan lelaki tanpa identiti ditemui berhampiran sungai di kawasan kelapa sawit di simpang 4 Bandar Desa Coalfield, Sungai Buloh pukul 2.30 petang tadi.

Selain itu, satu plastik yang dipercayai mengandungi tangan dan kaki turut ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, SUPT Shafa’aton Abu Bakar berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati mayat seorang lelaki dan wanita yang ditemui di lokasi kejadian.

“Mayat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih dua minggu.

Selain itu, pihak polis turut menemui tangan dan kaki secara berasingan di lokasi yang sama,” katanya.

Menurutnya lagi, polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum di buang di kawasan berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” ujarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*