Mercun untuk raya Cina dirampas

Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) Pulau Pinang, berjaya merampas pelbagai jenis bunga api dan mercun yang bernilai RM90,000.

Rampasan dibuat dalam serbuan membabitkan dua buah rumah di Raja Uda dan Bagan Ajam, Butterworth semalam.

Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 25 dan 35 tahun yang juga penjual mercun berkenaan.

Ketua Polis Daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan mendapati, mereka mendapatkan bekalan mercun dan bunga api itu dari negara jiran.

“Rumah yang diserbu itu dijadikan stor menyimpan mercun dan kita percaya dia menjual mercun ini secara borong kepada peruncit kecil-kecilan.

Kedua-dua suspek yang masing-masing bekerja di kedai telefon bimbit direman sehingga esok bagi meneruskan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*