Monyet curi durian dicat merah

Seorang petani kejam menimbulkan kemarahan awam selepas mengikat seekor monyet dan menyemburnya dengan cat merah sebagai hukuman kerana mencuri buah-buahan.

Lelaki yang tidak dikenali itu dipercayai menangkap haiwan tersebut kerana mencuri buah durian daripada kebunnya di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Satu rakaman menunjukkan haiwan tersebut diikat di atas tanah dengan keseluruhan bulu pada badannya berwarna merah terang. Keempat-empat kakinya diikat dengan tali dan direntangkan dengan menggunakan buah durian sebagai pemberat.

Haiwan ini kelihatan seperti kebingungan dan keletihan selepas disembur cat merah.

Monyet tersebut kelihatan seperti kebingungan manakala petani yang kemarahan itu terus-menerus memaki hamun haiwan tersebut dalam dialek tempatan.

“Aku lepaskan kau, beritahu kawan-kawan kau jangan dapat semula untuk makan. Faham tak? Jangan datang sini untuk makan, kalau nak mencuri, pergi jauh-jauh,” maki petani tersebut.

Rakaman video tersebut tersebar minggu lalu di beberapa laman sosial dan menimbulkan kemarahan orang awam yang bimbangkan kebajikan monyet tersebut.

Keempat kaki haiwan ini direntangkan lalu diikat. Sebiji durian digunakan untuk pemberat untuk menindih monyet tersebut.. Tajam kot..

Beberapa netizen berpendapat menyembur cat kepada haiwan tersebut akan membahayakan kesihatan haiwan tersebut dan tidak dapat dipastikan sama ada petani itu melepaskannya atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*