PARTI SEX & DADAH – 45 remaja dicekup

Seramai 37 lelaki dan 8 wanita ditahan dalam parti SEX dan DADAH di kawasan The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada 7 November lalu jam 3.45 pagi.

Kesemua 45 suspek yang ditahan berumur diantara 14 hingga 26 tahun. 

9 daripada suspek tersebut merupakan pelajar Sekolah Menengah , 1 penuntut IPTA dan 5 penuntut di sebuah IPTS di sekitar Kuala Lumpur. 

Hasil ujian saringan awal polis dapati 33 orang suspek positif dadah jenis THC & Meth yang terdiri daripada 27 (L) dan 6 (P), manakala 12 lagi suspek adalah negatif.

Hasil siasatan lanjut punca bekalan dadah tersebut diperolehi dari seorang pengedar disalah sebuah daerah di sekitar Lembah Klang. 

Kesemua suspek direman selama 4 hari sehingga 11/11/2018.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, smasa serbuan dijalankan, semua suspek berada dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah dan alkohol. 

Terdapat juga bilik-bilik yang dijadikan tempat untuk pasangan-pasangan menjalankan aktiviti seks. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*