PDRM dijangka lengkapkan siasatan 1MDB pada Mac depan

PDRM dijangka melengkapkan kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohammad Fuzi Harun berkata, pihaknya kini dalam usaha melengkapkan semua kertas siasatan membabitkan kes 1MDB untuk diserahkan kepada pejabat peguam negara.

“Siasatan berhubung 1MDB dibuat secara berterusan dan kita jangkakan siasatan itu akan selesai dalam tempoh dua bulan.

“Kertas siasatan yang lengkap diserahkan kepada DPP untuk tindakan selanjutnya” katanya selepas hadir Majlis Rondaan Cegah Jenayah melibatkan pelatih dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*