Berita

’PEKAN’ Rita Rudaini hilang ketika mengawan

Kucing baka British Short Hair milik Pelakon Rita Rudaini Mokhtar hilang sejak 1 Januari lalu.

PEKAN’ Rita Rudaini hilang!

Kucing bernama PEKAN itu dilaporkan hilang ketika berada dalam jagaan sepasang suami isteri di Semenyih bagi tujuan mengawan.

Rita menerusi laman instagramnya mengesahkan perkara tersebut turut memaklumkan satu laporan polis sudah dibuat berhubung kehilangan kucing berkenaan.

“Laporan polis dibuat pada Sabtu lalu dan Pekan disyaki dicuri dan dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Jika betul ada sindiket menjual kucing seperti ini, saya akan cari pengadilan untuk kucing-kucing lain juga,” kata ibu kepada dua anak itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *