Penumpang Lion Air JT610 sama nasib MH17??

Adakah ahli keluarga pesawat Lion Air JT610 akan menerima nasib yang sama seperti ahli keluarga MH17 iaitu kelewatan dalam pengecaman mayat serta mendapat jasad insan tersayang mereka bagi melakukan upacara pengebumian.

Ini susulan semua mayat penumpang pesawat Lion Air JT610 ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Ketua Pusat Kedoktoran Kesihatan Polis Indonesia, Briged Jeneral Dr. Arthur Tamp berkata, sebanyak 37 bungkusan berisi anggota badan dijumpai sebelum dihantar ke hospital.

Selain itu, sebanyak 80 DNA ahli keluarga diambil untuk proses pengecaman mayat (anggota badan) yang ditemui.

Proses pengecaman mayat mungkin memakan masa sebelum mayat diserahkan kepada keluarga.

Berbalik pada tarikh 17 JULAI 2014 di mana negara digemparkan dengan berita pesawat milik MAS (MH17) ditembak jatuh

dengan pelancar peluru berpandu di Ukraine.

Dalam kes MH17, proses bedah siasat dalam tempoh hampir dua minggu manakala n proses padanan DNA ahli keluarga memakan masa hampir tiga minggu.

Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban.

Mereka yang terbunuh adalah 192 warganegara Belanda; Malaysia (44); Australia (27); Indonesia (12); United Kingdom (10); masing-masing empat dari Belgium dan Jerman; Filipina (3); dan masing-masing satu dari Kanada, dan New Zealand.

Apa yang nak ditekankan di sini semoga semua ahli keluarga kuat dalam menempuh dugaan besar ni kerana pencarian masih dijalankan dan sama-sama kita mendoakan semua mayat ditemui dalam jangka masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*