Penunggang superbike maut tercampak dalam longkang

Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ZR750 yang ditunggangnya terbabas di Jalan Ipoh berhampiran bulatan Batu Cave pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu turut menyebabkan Suhardi Kamarudin, 42, tercampak ke dalam longkang sedalam 6 kaki yang terletak di kiri jalan berkenaan.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Akibat kejadian itu, lelaki yang beralamat Paya Jaras, Sungai Buloh itu tercampak ke dalam longkang.

“Kita meminta bantuan pihak bomba untuk mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan oleh pegawai perubatan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

One Reply to “Penunggang superbike maut tercampak dalam longkang”

  1. Innalillahiwainnalillahirajioun. Mlm tu happy je ko ngusik aku kan yang. Al fatihah untukmu. Tunggu aku di syurga sekiranya tiada jodoh aku di dunia ini. Aaamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*