Perginya ketua informasi bencana Indonesia

Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kanser St. Stamford, Guangzhou di China akibat kanser.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Topo meninggal dunia pada usia 49 tahun ketika sedang menjalani rawatan akibat kanser yang telah merebak ke bahagian tulang dan organ-organ penting kira-kira jam 2.20 pagi waktu tempatan.

Sutopo (tengah) ketika menjalani rawatan di Guangzhou, China baru-baru ini.

Nama beliau dikenali dunia kerana sering menyampaikan maklumat terkini bencana alam di Indonesia termasuk kejadian gempa dan tsunami yang melanda Sulawesi.

Pak Topo yang ketika itu sedang menderita kanser paru-paru tahap 4 enggan menyerahkan tanggungjawab kepada orang lain dan terus melayani panggilan telefon wartawan, menghadiri sidang media serta menyampaikan maklumat di laman sosial.

Beliau turut disenangi pengamal media serantau terutamanya kerana senang berkomunikasi dan menjadi sumber pertama dalam menyampaikan perkembangan semasa bencana setempat kepada warga Indonesia yang berhijrah di luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*