Polis serbuPrivate Party CNY, 115 ditahan positif dadah

Seramai 115 individu positif dadah ganja dan syabu di tahan dalam satu ‘private party’ di Intouch Club Esperance, Metro Pudu, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Rata-rata yang ditahan dalam operasi bermula jam 2 pagi itu berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Turut ditahan dalam operasi berkenaan penganjur seorang perempuan Melayu berusia 27 tahun yang menetap di Sungai Buloh, Selangor.

Roda Pena difahamkan, penganjur memberi alasan menganjur parti itu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, DSP Muhammad Najib Hamzah berkata, hasil siasatan mendapati iklan untuk menyertai parti itu dibuat menerusi Facebook bertajuk Malaysia United Sound (M.U.S).

Katanya, setiap seorang perlu membayar RM30, namun sekiranya hadir pukul 12 malam ke atas bayaran dikenakan sebanyak RM40.

“Seramai 314 diperiksa dalam premis berkenaan dan 115 daripada mereka ditahan selepas didapati positif pelbagai jenis dadah.

“89 lelaki manakala 29 wanita yang ditahan itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*