Rakyat Malaysia dituduh seludup syabu di Perth

Seorang warga Malaysia berumur 40 tahun akan dituduh di Mahkamah Majistret Perth di Australia atas kesalahan menyeludup 3.9kg dadah jenis methylamphetamine di dalam kotak tahan sejuk.

Lelaki tersebut tiba di Lapangan Terbang Perth pada 27 Oktober lalu dari Kuala Lumpur dan menjalani pemeriksaan penuh bagasi yang dijalankan oleh pegawai Penguatkuasa Sempadan Australia (ABF).

Keputusan teknologi pengesanan swab menunjukkan kotak tahan sejuk adalah postif meth dan imbasan x-ray menunjukkan beberapa bungkusan tersembunyi di antara bahagian luar dan dalam bekas tersebut.

Visa lelaki itu dibatalkan dan dia ditahan pegawai Polis Persekutuan Australia (AFP).

Dia didakwa kerana membawa masuk secara komersil dadah kawalan sempadan, methylamphetamine di bawah Seksyen 307.1 Akta Kod Jenayah 1995 yang membawa hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah.

Dadah tersebut disembunyikan di ruang antara bahagian dalam dan luar kotak tahan sejuk

Komander ABF Wilayah Australia Barat, Rod O’Donnell berkata, pasukannya sentiasa bersiap sedia dengan kemasukan dadah secara haram di Lapangan Terbang Perth.

“Pegawai kami adalah terlatih dan menggunakan teknik penilaian bagi mengenal pasti pelawat yang mempunyai potensi demikian dan kemudian menggunakan teknologi imbasan x-ray dan imbasan bagi menghalang bahan terlarang melintasi sempadan.

Pengurus negeri AFP Australia Barat, Grerg Harrison berkata, kekuatan ekonomi Australia berbanding negara lain menyebabkan ia menarik pasaran dadah haram dan jenayah terancang dari seluruh dunia.

“Dadah merupakan tanggungjawab berat kepada komuniti kita, terutama jenayah berkaitan dadah yang mempunyai hubunga dengan dengan isu keishatan dan sosial.

“Penangkapan ini menunjukkan pihak polis dan pasukan sahabat terus berusaha untuk mengesan, menangkap dan mengheret mereka yang terlibat dalam aktiviti ini ke muka pengadilan,”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*