Uncategorized

Rakyat Malaysia kritikal susulan letusan gunung berapi

CHRISTCHURCH, New Zealand – Seorang warga Malaysia disahkan kritikal susulan letusan gunung berapi di Pulau White di sini semalam

Letusan yang menggegarkan itu berlaku pada pukul 2.11 petang (waktu tempatan) semalam.

Keadaan gunung berapi di Pulau White sejurus letusan berlaku.

“Mangsa berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Hispital Christchurch,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang lagi warga negara Malaysia yang dilaporkan terkorban sebelum ini.

Rakyat Malaysia yang terjejas atau berada di tempat kejadian disarankan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington seperti berikut:

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington

Alamat : 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6021,New Zealand

Telefon : +64-4385 2439 /+64-4801 5659 /+64-210 440 188 (Kecemasan)

E-mel : mwwellington@kln.gov.my

  • LOKASI letusan gunung berapi di Pulau White, New Zealand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *