Suspek samun MRT Cheras, ahli geng kongsi gelap

Lelaki yang bertindak memukul serta samun wanita dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras direman tujuh hari.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil siasatan mendapati suspek suspek merupakan ahli geng kongsi gelap 08 berdasarkan tatu dilengannya.

Jelas Mazlan, ketika pihak polis menyerbu rumah yang didiami suspek yang bekerja sebagai pembaiki penghawa dingin suspek sedang mencukur rambutnya.

“Siasatan lanjut mendapati suspek aktif melakukan kegiatan samun sejak 2014 dan di daerah Cheras saja polis berjaya menyelesaikan 8 kes yang dipercayai dilakukan oleh suspek.

“Selain itu, hasil pemeriksaan dalam rumah berkenaan polis menemui 19 telefon bimbit serta beberapa barang dipercayai hasil kegiatan samun suspek berusia 26 tahun itu.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan dia juga mempunyai beberapa rekod lampau,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Mazlan, suspek kini direman sehingga 25 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*