Sambut hari lahir dengan anjur pesta liar

25 individu termasuk 3 remaja bawah umur diberkas pagi tadi dalam Parti Liar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, hasil pemeriksaan air kencing, 21 daripada 25 individu itu positif dadah pelbagai jenis.

Kesemua suspek yang ditahan berusia 17 hingga 24 tahun itu pengganggur.

“Kesemua suspek menyewa sebuah kondominium di kawasan Bukit Mertajam untuk menyambut hari lahir salah seorang rakan mereka yang turut diberkas dalam serbuan itu.

“Kesemua suspek masih bujang dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, siasatan diteruskan dan kemungkinan ibu bapa kepada yang remaja bawah umur akan dipanggil untuk bantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*