Sindiket Nigerian Parcel dan Love Scam di Pulau Pinang tumpas

Empat lelaki warga Nigeria yang dipercayai terlibat dengan sindiket ‘Nigerian Parcel dan Love Scam’ berjaya ditahan polis.

Ketua Polis daerah Barat Daya, Supritendan AA Anbalagan berkata, mereka yang berusia antara 21 hingga 28 tahun itu diberkas dalam serbuan disebuah  rumah kondominium dekat Bayan Lepas, Pulau Pinang, kira-kira jam 6.15 petang semalam.

“ Hasil serbuan, kami turut merampas empat buah komputer riba, dan lapan buah telefon bimbit pelbagai jenama, yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa-mangsa.

“Hasil pemeriksaan, kesemua suspek  juga didapati tidak mempunyai Passport, dan kami sedang menyiasat bagaimana mereka masuk ke negara ini,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mereka berada di negeri ini sejak tiga bulan lalu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan  kerana menipu dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen kerana tiada dokumen sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*