Suspek pedofil di Country Home diberkas

Suspek pedofil yang bertindak memeluk seorang kanak-kanak perempuan di Country Home, Rawang pada Jumaat lalu diberkas.

Suspek warga Indonesia berusia 45 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ditahan sepasukan polis Daerah Gombak hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata, suspek yang juga buruh binaan ditahan di kawasan Country Home susulan ops kesan dilakukan selepas menerima laporan daripada bapa mangsa.

“Pihak polis turut merampas pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian dan permohonan reman terhadapnya akan dilakukan esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Kelmarin tular satu video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dipeluk seorang lelaki ketika berada di sebuah kedai di Rawang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*