Suspek samun dalam lif MRT Cheras ditahan

Suspek ubah identiti dengan membotakkan rambutnya selepas tahu diburu polis kerana membelasah sebelum samun seorang wanita di dalam lif dekat Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras baru-baru ini.

Bagaimanapun, taktik itu berjaya dibongkarkan selepas suspek berusia 26 tahun tersebut ditahan di sebuah rumah di Taman Cheras pada jam 8.10 malam tadi oleh sepasukan anggota polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memaklumkan suspek akan ditahan reman pagi esok.

Terdahulu, polis memaklumkan sudah mengenal pasti identiti suspek yang memukul dan menyamun seorang wanita di dalam lif dekat MRT Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 48 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerja dikatakan berada dalam lif berkenaan bersama suspek sebelum dibelasah dan disamun lelaki itu.

Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di dahi dan badan serta dirawat di PPUKM sebelum dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*