Terima Kasih ‘Pak Cik Puchong’

Coretan Facebook Surianie Mohd Hanif

(23.08.2019) merupakan tarikh yang bakal diingat sebabnya hari di mana semua media di Malaysia bersatu hati x kira bangsa x kira kerja di mana tapi tampil membantu bg meringankan bebanan di bahu rakan dan sahabat di Utusan / Kosmo.

Alhamdulilah semua berjalan lancar sejak awal pagi sehinggala barang bertukar tangan dan lori bergerak meninggalkan NSTP jam 4.30 tadi.

Tiada satu barang pun yang tertinggal cuma kesan yang dalam terasa di hati melihat usaha tenaga dari semua membuahkan hasil.

Pelbagai cerita di kongsi sepanjang majlis sama ada gembira duka teruja.

Tapi paling terkesan adalah bila pakcik ni sampai ja depan mata terus mata ni melihat peluh yang membasahi baju minyak yang memenuhi mukanya sambil terpandang Farah.

Seorang pakcik pertengahan usia membawa sumbangan keperluan asas dengan menaiki motosikal dari Puchong semasa kempen bantuan NUJ NSTP di Jalan Riong, Bangsar di Kuala Lumpur petang tadi.

Allah dalam hati sambil melihat motornya sempat menyambut beras yg dibawa ye dua di bakul depan sambil kata ambk ni ambk ni sambil melihat motornya hampir rebah dengan penuh beras dalam kotak belakang motornya.

Sambil sendiri mengangkat beras dan letak di lantai.

Bila ditanya dari mana?
Puchong katanya.

Sapa nama pakcik kata sela. * Hamba Allah sahaja sambil berlalu.

Mulia sungguh hati mu pakcik dengan usia dan motor begitu lebih2 lagi dengan panas terik siang tadi pakcik tetap memberikan sumbangan kepada usaha kami bg membantu semua sahabat kami di Jalan Utusan.

Terima Kasih kepada Pakcik & penyumbang tak kira sapa tadi.

Moga Allah merestui dan memuliakan usaha kami sebentar tadi. 🙏🏼🙏🏼🙏🏼❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*