Bencana

Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Lion Air JT610

KEMENTERIAN LUAR NEGERI mengesahkan TIADA RAKYAT MALAYSIA dalam pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang, Jakarta Utara.

Menterinya, Datuk SAIFUDDIN ABDULLAH berkata demikian selepas mendapat maklumat daripada Kedutaan kita di Indonesia.

Ketua Bahagian Kerjasama dan Perhubungan Awam Perhubungan Udara Indonesia, Sindu Rahayu berkata pesawat yang membawa 181 penumpang dan tujuh anak kapal itu dilaporkan terhempas di koordinat 05 46.15 S – 107 07.16 E, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi tadi.

“Operasi mencari pesawat itu sedang dilakukan,” katanya.

Pesawat JT610, penerbangan ke Pangkal Pinang di Pulau Bangka Belitung, Indonesia itu dilaporkan terputus hubungan selepas 10 minit berlepas.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkal Pinang jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *