Tiga polis ditahan jual rokok seludup, positif dadah

Berselindung disebalik penjualan burger di Sea Park, Petaling Jaya rupanya tiga anggota polis menjual rokok seludup.

Lebih teruk, salah seorang daripada mereka didapati postif dadah jenis syabu.

Kegiatan tiga anggota itusejak beberapa bulan lalu terbongkar selepas mereka diberkas sepasukan polis yang diketuai pegawai kanan berpangkat ASP kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Roda Pena difahamkan,  serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam mengenai aktiviti menjual rokok seludup dan penyalahgunaan dadah, malah beberapa anggota polis berpakaian seragam sering dilihat melepak di lokasi berkenaan untuk tempoh lama tanpa menjalankan tugas.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 34 tahun itu adalah anggota bertugas di sebuah balai polis di Petaling Jaya dan menjalankan perniagaan menjual burger.

“Pemeriksaan lanjut terhadap gerai burger milik suspek, menemui sebanyak lapan kotak rokok disyaki seludup di dalam plastik berwarna biru di dalam laci meja gerai berkenaan,” katanya.

Semakan juga mendapati dua daripada suspek terbabit memiliki beberapa rekod dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak hadir tugas dan gagal mengisytiharkan pemilikan harta.

Kesemua tangkapan dibawa ke balai dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*