Tugu Perpaduan pecah rekod tertinggi dunia

Selepas hampir lima tahun pembinaan Tugu Perpaduan dilaksanakan rakyat India kini boleh berbangga apabila monumen tu memecah rekod patung tertinggi di dunia.

Dengan ketinggian 182 meter ia mematahkan rekod yang dipegang patung Buddha di Spring Temple, China lebih 30 meter.

Tugu Perpaduan yang dibina menyerupai pejuang kemerdekaan negara itu, Sardar Vallabhbhai Patel dan dianggap simbol kebangkitan negara tersebut dilaporkan menelan belanja lebih RM2.4 bilion

Patung yang terletak di Pulau Sadhu, Gujarat itu dirasmikan hari ini hampir dua kali ganda ketinggian Statue of Liberty di Amerika Syarikat.

Muzium serta hotel juga akan dibuka di kawasan berkenaan bagi memudahkan pelancong datang melawat sekali gus buka peluang pekerjaan kepada 15,000 individu.

One Reply to “Tugu Perpaduan pecah rekod tertinggi dunia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*